Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w.. bersabda bermaksud:

'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;

'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,


' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'


Assalamualaikum

Untuk tatapan dan amalan semoga dalam kesibukan tugas seharian dapatlah kita di hindari dari segala kekejaman manusia dan syaitan insyallah.oleh itu cobalah untuk menjadi satu amalan dalam kehidupan seharian


1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.


Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia . Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama" (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.


Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??) . Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.


Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(? ?). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.


Unsur ‘Popular Islam’ juga ketara apabila teori ‘bau’ dapat difahami. Ada orang Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhlus halus khususnya jin dan roh ialah asap dan bau yang tertentu. Oleh itu, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi akan dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhlus halus yang tertarik dengan ‘makanannya’. Sebaliknya makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan ‘bau’ yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan. Maka, kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya akan lari.


Oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh ‘Puteri Gunung Ledang’ dll ?) sebagai khadam atau ‘pendamping’.

[ Cuba fikirkan kenapa dalam majlis mawlid ada yang membakar kemenyan yang mahal-mahal (contohnya yang sekilo harganya sampai RM seratus lebih dibeli di Makkah) supaya ‘wangi’? Sekurang-kurangnya diusahakan agar ada bunga rampai daripada campuran daun pandan yang diracik, air mawar, minyak attar dan pelbagai bunga untuk ‘wangi’ ? ]


Dan mengapa pula ketika pembacaan mawlid, antara pertukaran satu section ke section lain akan diselangi dengan korus ‘ATIRILLAHUMMA QABRAHUL KAREEM…’bermaksud Ya Allah, HARUMkanlah kubur baginda yang mulia .. yang diulang-ulangkan? ? (Nak HARUM dengan apa melainkan dengan aroma bau yang wangi?). Saya pernah hadir ke majlis mawlid (in fact saya pun berzanji juga waktu tu) yang ketika sampai ke part menceritakan kelahiran Nabi maka semua hadirin akan bangun bermarhaban sambil dulang-dulang berisi bunga rampai diedarkan untuk para hadirin mengambil seorang sedikit bunga rampai tersebut. Syukurlah kalau semua ni sekadar ‘tradisi’, ‘adat kebiasaan’ atau ‘prop’ dalam suatu pertunjukkan ‘teater berunsur Islam tahunan’ yang sangat bersahaja. Akan tetapi kalau dikaitkan dengan hadirnya roh Rasulullah SAW maka apa akan jadi dengan kesahihan aqidah kita?? Mujurlah kita di Malaysia belum terpengaruh dengan amalan puak Brelvi di India yang sampai menyiapkan pelamin emas untuk kononnya diduduki oleh roh Nabi ketika majlis mawlid. Wallahul Musta’an.


Mandi Bunga dilakukan dengan tujuan untuk membuang sial pada pelakunya, menjauhkan gangguan makhluk halus serta sekaligus menaikkan seri dan mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang cina) bagi dirinya (Amran Kassimin,1993: 34). Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu (contoh daun bertemu urat, warna tertentu etc.) dan bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri yang akan mendatangkan manfaat yang diinginkan. Wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang sial’ yang lain dikenali sebagai mandi tolak bala, ‘mandi pengantin’ untuk bakal pengantin, ‘mandi bertabal’ untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.


Kenapa orang lain yang kena bersihkan sisa mandian? Sebab ‘sial’ (‘sueh’ kata orang cina) itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian, maka kalau orang yang mandi juga yang bersihkan sisa tersebut maka nanti ‘sial’ itu ‘hinggap’ semula, tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Misalnya:


i. Air tepung tawar yang ‘basic’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan tidak ketinggalan limau purut yang dihiris (O.K Rahmat,1983: 11)


ii. Kajian A.Aziz Bidin dan Aishah Muhammad (1998:180) terhadap tumbuhan ritual mendapati limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang..


iii. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan sebagai pakej adat perkahwinan Melayu selepas kedua-dua pengantin bersatu dengan pengantin berpakaian lengkap dan duduk di bawah kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan sebagainya akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut (Syed Alwi,1986:41)


iv. Kajian Amat Juhari Moain (1990:105) di Sungai Dacing, Lenggeng Negeri Sembilan mendapati dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi, pawang akan mengambil limau-limau yang disediakan untuk ‘ditawarkan’ dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi agar padi subur dan selamat dari bencana.


Demikianlah sedikit analisis tentang sebab dan teori mandi bunga, mohon dibetulkan mana yang salah. Adapun tentang kedudukannya di sisi aqidah dan syari’ah Islamiyyah diserahkan kepada mereka yang lebih berilmu untuk menanggapinya, Insya-Allah.

Rujukan:


A.Aziz Bidin & Aishah Muhammad. (1998). Kegunaan Tumbuh-tumbuhan. dalam Wan Hashim Wan Teh & Ismail Hamid,ed. Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Wang Kelian Perlis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain. (1990).. Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amran Kassimin. (1993). Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islam. Kuala Lumpur : Dinie Publishers.

Haron Daud. (2001). Mantera Melayu : Analisis Pemikiran. Pulau Pinang : Penerbit USM.

O.K. Rahmat S.H. (1983). Pencemaran Akidah Di Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Alwi Sheikh Al-Hadi. (1986). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Cetakan Ketujuh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s. w. t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "

Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allahs. w. t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s. w. t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s. w. t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s. w. t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s. w. t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s. w. t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s. w. t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampunlagi Maha Penyayang." (Yusuf: 98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s. w. t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s. w. t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s. w. t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnyapun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguhaku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadirdi gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

SECARA mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Untuk Renungan Kita Bersama.

JIKA berbicara mengenai buah goji, ia mungkin asing kepada sesetengah golongan masyarakat di negara ini. Namun, buah tersebut sebenarnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk dunia terutama dari daerah Ningxia, China sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk tujuan kesihatan. Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif.

Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum (wolfberries) merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.

Ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan lobak.


Antioksida membantu mempertahankan integriti sel dengan melindungi mereka daripada diserang oleh radikal bebas. Kebanyakan penyakit berkait dengan penuaan adalah disebabkan kerosakan akibat radikal bebas. Oleh kerana kualitinya yang lebih tinggi, beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan kegunaan Goji Ningxia sebagai pertahanan yang terbaik dalam melawan radikal bebas. Seperti tumbuhan yang lain, Goji juga mempunyai pelbagai bilangan spesis dan jenis. Daripada 80 spesis Goji yang berbeza di seluruh dunia, Lycium barbarum dari Ningxia mengandungi paras rangsangan-imunisas i polisakarida yang jauh lebih tinggi.

ketahui dengan lebih lanjut layari lamam web ini www.lelakiperkasa. com

Muttafaqun alaih ialah hadis-hadis yang telah disepakati oleh imam al-bukhari dan imam muslim. Mereka berdua merupakan muhadithin yg palng masyur di antara perawi-perawi hadis Rasulullah saw.

Kebanyakan hadis yang diriwayatkan oleh mereka adalah hadis sohih daripada Rasulullah saw. utk pengetahuan semua, imam al-bukhari dan imam muslim adalah pakar hadis yang mengkaji sanad iaitu perawi hadis dan matan iaitu isi kandungan setiap hadis.

pada abad ke-3 H merupakan zaman menghimpunkan hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah saw. pada abad tersebutlah terdapat beberapa org ulama hadis yang masyhur iaitu imam al-bukhari, imam muslim, imam abu daud, imam tirmizi, imam nasai dan imam ibnu majah yang dikenali sebagai Sunan Sittah.

tingkat atau kualiti kesohihan hadis itu bergantung pada setiap perawi dan juga isi kandungan setiap hadis. hadis yang disusuli dgn muttafaqun alaih merupakan hadis-hadis yang mempunyai tingkat yang paling tinggi di mana ia telah diperakui atau disepakati oleh imam al-bukhari dan imam muslim.

di sini terdapat sejarah ringkas mengenai kedua-dua tokoh ulma ini:

IMAM Al-BUKHARI
Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal kemudian sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M)

IMAM MUSLIM
Nama lengkapnya ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Ia juga mengarang kitab As-Shahih (terkenal dengan Shahih Muslim). Ia salah seorang ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal hingga kini. Ia dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 H.

Keterangan ttg hadis palsu

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara nak memastikan sesuatu hadith itu palsu atau tidak.Kita berkenal dengan apa itu hadith palsu dulu.

Hadith palsu atau dikenali dengan nama hadith Maudu' didefinisikan oleh ulama hadith sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya.( Abdul Fatah Abu Ghudah).

Untuk mengenali hadith2 ini,ada dua cara utama untuk mengenali hadith maudhuʼ(Ijaj al-Khatib). iaitu melalui sanad (perawi) dan melalui matan (isi hadith).

Hadith palsu (hadith maudhu' adalah hadith yang bukan dari RasuluLlah. Ia direka-reka oleh orang tertentu yang mempunyai kepentingan atau terlalu taksub pada golongan tertentu. Dilakukan juga oleh orang yang jahil serta tidak mendalam agamanya khasnya dalam bidang hadith.

Erti hadith maudhuk : Hadith yang dicipta sendiri tetapi ia telah berbohong dengan menisbahkan (mengaitkan) kepada Nabi samada dilakukan pendustaan itu dengan sengaja atau tersalah.

Sejarah hadith Maudhuk :

Mereka yang mula-mula terlibat dengan hadith maudhuk ialah golongan syiah. Terbukti dengan pengakuan sendiri oleh Ibn Abi al-Hadid yang merupakan seorang ahli syiah yang terkenal dengan katanya : Bermulanya pendustaan hadith-hadith Nabi ialah oleh golongan syiah...

Antara yang terlibat secara langsung dengan pemalsuan hadith nabi ialah al Rafidah sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Hajar : Tentang hadith dalam bab fada'il banyak hadith tentang kelebihan ahli al bait, mereka juga mencipta hadith tentang kejahilan Ahl Al Sunnah.

Faktor kelahiran Hadith Palsu :

1. Masalah Politik. Contohnya : kemunculan golongan rafidhah - iaitu golongan yang menentang para sahabat yang memberi bai'ah kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah. Mereka berpecah kepada 300 golongan. Dan mereka banyak mencipta hadith palsu untuk kepentingan mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Malik mengenai Rafidhah, jawabnya : Jangan kamu meminta pendapat daripada mereka, kerena mereka itu adalah golongan pendusta.

Antara hadith yang direka oleh golongan Rafidhah ialah mencela dan mencaci Muawiyah : Contohnya : Apabila kamu melihat muawiyah berada di atas mimbarku hendaklah kamu membunuh dia.

Kemudian golongan fanatik pada Muawiyah pula akan mencipta hadith : Orang-prang yang amanah itu ada tiga, iaitu Aku, Jibril dan Muawiyah.

2. Golongan zindiq. Iaitu golongan yang membenci ajaran Islam. Mereka mencipta hadith yang memburukkan agama Islam dan kesuciannya. Dan ada juga yang cuba memesongkan aqidah uat Islam dan menisbahkan kepada nabi. Contohnya : Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dada-Nya.

3. kerana ta'asub kepada kabilah, puak, bangsa, negeri, bahasa, imam dan jemaah tertentu. Maka mereka mencipta hadith palsu untuk memenuhi nafsu dan kehendak mereka. Contohnya hadith yang dicipta oleh golongan yang taksub ke[ada bahasa arab :

sesungguhnya ALLah apabila ia marah, Ia akan menurunkan wahyu dengan bahasa Parsi dan apabila Ia redha Ia menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.

Golongan yang taksub dalam bahasa Parsi pula membalas :
Sesunguhhnya apabila ALlah marah, Ia turunkan wahyu dalam bahasa Arab dan apabila Ia reda Ia menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi.

Manakala golongan yang taksub pada Imam pula mencipta hadith :
Akan lahir seorang lelaki dari kalangan umat Ku yang dikenali dengannya sebagai Abu Hanifah al Nu'man, ia adalah penyuluh umat-Ku

4. Penciptaan kidah dan riwayat dibuat oleh Tukang Cerita, yang mana mereka tidak rasa segan menyandarkan kepada yang mereka bawa. Contoh sebagaimana yang berlaku pada suatu ketika Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya Ibn Ma'in menunaikan solat di Masjid al Rasafah, tiba-tiba bangun dari kalangan ahli masjid itu dengan membuat cerita, katanya."Ahmad ibn Hanbal dan Yahya Ibn Ma'in telah menceritakan Abd Al Razazk meriwayatkan hadith dari Qatadah dari Anas katanya, RasuluLlah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa ALlah, ALlah akan menjadikan daripadanya setiap kalimah tersebut seekor burung paruhnya daripada emas dan bulunya daripada marjan. (palsu)

5. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Iaitu pertelingkahan pendapat dalam sesuatu masalah fekah juga Ulum Kalam. Justeru itu pengikut-pengikut mazhab tersebut mencipta hadith yang menyokong mazhab mereka contohnya :

Sesiapa yang mengangkat dua tangannya ketika solat batal solatnya(palsu)

6. Kejahilan dan tidak mendalam ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat dan tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya : Ahli Sufi dan Tasawwuf. Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka mencipta Hadith Palsu mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah surah al Quran dan sebagainya.

7. Tindakan mengampu untuk mencari nama dan pangkat di sisi raja dan sesetengah golongan tertentu.



Sumber : Pengantar Ulum Hadith, Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam


Ruangkan masa korg sume bace kisah ni...Aku dah bace dah...kisah ni lagi sedih dari cite melayu....
Bacalah korg xkn rugi coz Nabi syg sgt2 kt kite...!!


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata
dan bertanya pada Fatimah , "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya
itu dengan
pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan
ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah
menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas
langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih
penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya
Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan
ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang
tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat
aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii, ummatiii? " - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran
untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah
dan
Rasulnya mencintai kita.

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana
BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka
apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap
mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan
berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut
bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan..

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu
dibacakan pada orang
sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah
BISMILLAH dibacakan di
atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid,
maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat
penjaga neraka ada 19.Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin
Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka, maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap
hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga
tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah
kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya
Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan
diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan
bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali
ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan,
kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di
hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim
serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:-

1.) Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan ?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya begitu-begitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita

kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "payah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

2.) Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,

baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

3.) Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'hari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Si Sulung dengan si Sulung
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.

Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu untuk hidup rukun dan saling mendukung.

Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda.

Memoles kesesatan agar tampak baik dan menarik hati adalah jurus abadi iblis dan antek-anteknya. Bahkan inilah jurus pertama iblis sebelum menggoda manusia untuk bergumul dengan dosa. Allah berfirman:

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,” (Al-Hijr 39)

Maka setan menghiasi perbuatan keji terlebih dahulu, baru dilanjutkan dengan menyesatkan manusia. Ibnul Qayyim mengomentari ayat tersebut: “Di antara strategi iblis adalah menyihir akal secara kontinyu hingga terpedaya, tidak ada yang selamat darinya kecuali yang dikehendaki Allah. Dia menghiasi perbuatan yang hakekatnya menimbulkan madharat sehingga tampak sebagai perbuatan yang paling bermanfaat. Begitupun sebaliknya, dia mencitrakan buruk perbuatan yang bermanfaat sehingga nampak mendatangkan madharat…”

Komandan Setan Penyeru Zina

Strategi yang sama ditempuh oleh iblis laknatullah ‘alaih untuk menyebarkan luaskan perbuatan zina yang merupakan dosa besar di dalam Islam. Tidak hanya itu, iblis menjadikan hal ini sebagai target utama, sehingga dia melakukan sayembara bagi setan manapun yang mampu menjerumus-kan manusia kepada zina, maka iblis akan memakaikan mahkota di kepalanya sebagai tanda jasa.

Rasululah bersabda tentang hal ini :-

“Jika datang pagi hari, Iblis menyebar para tentaranya ke muka bumi lalu berkata, “Siapa di antara kalian yang menyesatkan seorang muslim akan aku kenakan mahkota di kepalanya.” Salah satu tentaranya menghadap dan berkata, “Aku terus menggoda si fulan hingga mau menceraikan istrinya.” Iblis berkata: “Ah, bisa jadi dia akan menikah lagi.” Tentara yang lain menghadap dan berkata: “Aku terus menggoda si fulan hingga ia mau berzina.” Iblis berkata: “Ya, kamu (yang mendapat mahkota)!” (HR Ahmad dan Ibnu Hibban, dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 1280)

Iblis juga menyiapkan pasukan khusus yang dikomandani oleh anaknya sendiri bernama Al-A’war. Mujahid bin Jabr, murid utama Ibnu Abbas menyebutkan bahwa Iblis memiliki 5 anak, satu di antaranya bernama Al-A’war. Dia memiliki tugas khusus menyeru orang untuk berbuat zina dan menghiasinya agar nampak baik dalam pandangan manusia. (Talbisul Iblis, Ibnu Al-Jauzy hal. 41)

Al-A’war juga merekrut para setan dari golongan manusia sebagai tim sukses untuk mengkampanyekan perbuatan zina. Segala cara ditempuh, segala sarana dan media digunakan.

Memasang Banyak Umpan

Sebagaimana seorang pemancing, dia harus memasang umpan agar ikan mau mendekati kailnya. Maka setan memasang umpan agar si korban mau mendatangi perangkapnya. Umpan tersebut berupa ‘Nisa’un kaasiyat ‘ariyat’, wanita yang berpakaian telanjang, pornografi, porno aksi dan perangkatnya.

Umpan tersebut dipasang di tempat-tempat yang strategis, sehingga memungkinkan bagi mangsa untuk melihatnya. Di antara tempat strategis tersebut adalah televisi dan media cetak. Maka jika kita lihat di televisi kita banyak berjejal wanita yang berpakaian tapi telanjang, lagu dan tarian erotis, film-film jorok yang bisa disaksikan oleh semua orang. Itu pertanda setan Al-A’war telah berhasil merekrut banyak orang untuk dia jadikan sebagai umpannya. Demikian pula dengan tabloid, koran dan majalah-majalah berjenis kelamin ‘XXX’ yang menjadikan pornografi sebagai menu utama.

Dibumbui Dengan Istilah Penyedap Rasa

Al-A’war tidak membiarkan umpan-umpan itu menyebar begitu saja. Karena masih banyak orang-orang waras yang akan merusak umpannya. Akan banyak orang-orang sehat yang akan menegur, mencela dan memusuhinya. Untuk itu, dia menciptakan istilah dan kilah sebagai penyedap rasa. Sehingga yang antipati menjadi netral, yang netral menjadi simpati, yang simpati menjadi bala-tentaranya.

Di antara istilah yang diilhamkan Al-A’war kepada para anteknya dari golongan manusia adalah menamakan budaya telanjang sebagai bentuk kemaju

-petikan mingguan mesia

Dua kali saya menemani seorang teman yang hendak bertanding ketua dalam pemilihan sayap bahagian. Rambutnya digunting sedikit. Dicadangkan supaya mesyuarat diadakan di satu tempat berhampiran dengan air. Untuk menundukkan pengundi, dahinya hendaklah ditenung, bukan pada mata. Setelah diberi beberapa petua dan tangkal untuk menundukkan lawan, jari-jari disusun rapat bersalaman, bersama` pelicin’ yang juga tebal di dalamnya.
Saya terasa bersalah dan insaf dengan amalan oleh sebahagian manusia Islam yang terang-terang menggunakan amalan sihir untuk merebut sesuatu jawatan politik.
Apakah punca sebenarnya, kemelut seperti ini terus menerus berlaku? Sebagai pengiring, saya diminta menabur kemenyan yang telah dihancurkan di laluan mesyuarat, juga di hadapan pengundi yang diperangkap di hotel yang ditempah khas sebelum persidangan diadakan keesokan hari. Saya bertaubat dan tidak lagi melakukannya.
Bagaimana ini boleh berlaku, padahal saya kadang-kadang melihat teman saya ini sembahyang di masjid. – Hamba Keliru,KL
Jawapan: Saya menjawab persoalan ini semata-mata berdasarkan kenyataan yang saudara kemukakan. Saya anggap, pengalaman saudara itu sesuatu yang benar dan mahukan jawapan yang pasti lagi tepat.
Faktor utama menyebabkan seseorang itu terlibat dengan amalan sihir ialah kerana ia tidak menyedari bahawa sihir itu salah satu dosa besar, yang membinasakan, merosakkan diri orang yang berkenaan, orang lain, juga masyarakat.
Merosakkan iman seseorang yang akhirnya menentukan seseorang itu akan dimasukkan dalam neraka jahanam atau di syurga. Sihir boleh menyebabkan syirik. Dosa besar yang tidak diampuni oleh Allah swt.
Seseorang itu mungkin tahu sihir itu dosa besar, tetapi ia tidak menyedari natijah buruk akibatnya. Semuanya diketepikan, asalkan cita-citanya berhasil, contohnya dicalonkan menjadi ketua, calon atau pengundi rasa belas kepadanya, tidak berupaya berfikir waras, calon gerun atau tunduk kepadanya, seumpama terpukau.
Keadaan ini boleh berlaku akibat daripada sihir, yang dilakukan melalui perantaraan individu tertentu, contohnya individu yang saudara pergi dua kali di pinggir ibu kota di tengah malam, di mana rambut calon diambil sebahagian daripadanya.
Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin atau jin-jin yang boleh menyebabkan pengundi tunduk, seumpama mamai, menurut sahaja apa yang disuruh oleh bakal calon tadi. Disuruh ikrar, ikrar, disuruh sumpah, bersumpah, apatah lagi disogokkan dengan wang, makan malam, sarapan pagi, baju kurung dan seumpamanya.
Inilah di antara contoh di mana manusia, dalam usaha untuk mendapat kuasa undi menggunakan “khidmat” jin atau jin-jin, yang berkemungkinan terdiri daripada iblis dan syaitan.
Allah memberi amaran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata lagi jelas. Dalam keadaan apa sekalipun, makhluk ini hendaklah dianggap sebagai musuh. Calon seperti ini secara tidak langsung menjadikan syaitan itu temannya, di mana ia meminta tolong kepadanya. Dalam surah An-Nisa: 38 Allah menjelaskan bahawa sesiapa yang menjadikan syaitan itu temannya, maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman.
Dalam surah al-Jinn:6, pula dijelaskan memang terdapat manusia yang meminta pertolongan atau perlindungan kepada jin atau jin-jin, maka jin-jin itu akan menambah bagi orang yang berkenaan itu dosa dan kesalahan.
Mungkin orang berkenaan tahu tentang dosa-dosa dan balasan Allah akibat perbuatannya. Dalam masalah ini, kita kena ingat bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap kewajipan yang berkaitan dengan Allah, berkaitan hak manusia, juga hak-hak yang berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia. Semuanya mesti dilaksanakan.
Mengenai hak yang berkaitan dengan hak manusia, sekiranya seseorang itu bertaubat dan ia ada tanggungjawab dengan manusia, hak tersebut mesti disempurnakan, seperti hutang yang berkaitan dengan harta, maruah, kezaliman dan sebagainya. Diselesaikan atau dipohon halalkan ataupun dipohon kemaafan. Kerana itu apabila amalan sihir itu melibatkan kezaliman terhadap diri manusia, orang yang berkenaan hendaklah memohon maaf kepada individu yang terlibat, juga mohon keampunan kepada Allah kerana ia telah melakukan dosa besar yang dilarang dalam Islam.
Diinsafi
Perlu disedarkan dan diinsafi bahawa orang yang melakukan sihir ialah mereka yang melakukan sesuatu tindakan dengan menggunakan iblis dan syaitan yang terdiri daripada golongan jin-jin. Mereka bertindak supaya orang lain terpukau, rasa gerun kepadanya, rasa takut, rasa sayang, mengikut telunjuknya, menyakiti orang lain menyebabkan orang menderita. Suami isteri bergaduh akhirnya bercerai. Larikan anak dara orang dalam keadaan terpukau. Mangsa sihir boleh menjadi hilang akal, gila, melolong dan lain-lain perbuatan histeria
Perlu disedar, diinsafi bahawa orang yang melakukan perbuatan sihir, melalui perantaraan orang lain yang ditemani di tengah malam, sama ada di pinggiran gunung atau pinggiran ibu kota seperti yang saudara temani, sebenarnya orang yang terlibat tidak tahu apa itu sebenarnya sihir.
Mainan sihir iaitu mainan menggunakan iblis dan syaitan itu tidak ubah seumpama melepaskan anjing liar, untuk menyerang mangsanya, orang-orang tertentu, musuh yang menjadi seteru, rakan kongsi atau lawan politik untuk merebut ketua bahagian ataupun ketua cawangan.
Anjing yang dilepaskan itu anjing liar, yang dia tidak kenali dan tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh anjing itu. Sama ada menerkam mangsa, membaham bahagian tengkok, kepala, seluruh badan dan sebagainya, menyebabkan mangsa menderita, mungkin mati akibat ragutan geraham anjing liar tadi.
Begitu juga tamsilnya kepada orang yang terlibat dengan sihir, menemui orang-orang tertentu untuk menyakiti lawannya. Makhluk ini akan menyerang orang yang berkenaan dan tidak diketahui apa kesudahan terjadi kepada manusia. Sekali makhluk ini menyerang, ia akan terus menyerang. Mangsa akan selamat sekiranya pertahanan dirinya kuat, hasil daripada bertakarub kepada Allah dan perlindungan Allah hasil daripada tadaruk dan takwa kepada Allah.
Serangan anjing adalah serangan fizikal. Serangan iblis dan syaitan ialah pada roh atau jiwa mangsa. Kerana itu mangsa sihir melibatkan gangguan roh, menyebabkan seseorang itu resah gelisah, sedih, suka, ketawa, meracau tanpa dapat mengawal diri. Tidak boleh tidur malam, sentiasa ada rasa was-was, syak wasangka dan sebagainya.
Pada satu tahap tertentu, serangan makhluk ini tertumpu pada bahagian otak, menyebabkan mangsa bertindak atau berkelakuan ketidaknormalan otak, serangan pada hati menyebabkan mangsa was-was, rasa hendak bunuh diri, rasa kecewa hidup dan sebagainya, tanpa ada alasan atau sebab yang jelas.
Mangsa sihir juga menyebabkan seseorang itu seumpama terpukau, tunduk mengeluarkan wang di dompet, emas di pergelangan tangan juga mengeluarkan wang melalui mesin atau ‘arahan’ orang yang melakukan sihir. Banyak terjadi mangsa sihir terpukau, ikut turut kepada pelakunya, iaitu dirogol dan sebagainya.
Perlu difahami orang yang melakukan perbuatan sihir yang diistilahkan sebagai “sihir”, tidak akan melakukan sembahyang seperti saudara jelaskan. Sekiranya ia melakukan sembahyang, seperti yang saudara lihat, sembahyang adalah tidak diterima Allah. Mesti difahami bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Bererti bahawa orang yang sembahyang tidak akan melakukan perbuatan sihir, kerana sihir itu adalah sebesar-besar kemungkaran dan kejahatan. Sembahyang mencegah pelakunya, iaitu orang yang melakukan sembahyang itu daripada melakukan kejahatan. Bererti biarpun orang yang melakukan perbuatan sihir itu sembahyang, dia sebenarnya tidak sembahyang dalam erti kata sebenar.
Tidak sembahyang di sini bererti bahawa sembahyang yang dilakukan itu tidak sah iaitu terbatal, ataupun sembahyang yang dilakukan itu sah, tetapi tidak diterima oleh Allah. Apabila sembahyang yang dilakukan itu tidak diterima Allah, maka sembahyang tersebut tidak boleh mencegah tuannya, iaitu orang yang melakukan sembahyang itu daripada melakukan perbuatan jahat dan kemungkaran. diperjelaskan bahawa sihir adalah sejahat-jahat kemungkaran dan kejahatan.
Selain daripada faktor yang dijelaskan, orang yang melibatkan amalan sihir adalah mereka yang tunduk kepada kehendak nafsu. Dosa sihir selain tidak difahami, tidak disedari atau disedari, tetapi matlamat kemenangan yang diperoleh itu dirasakan lebih utama, atau lebih besar manfaatnya berbanding dengan dosa-dosa dan kezaliman terhadap amalan sihir yang tidak seberapa difahami atau dimaklumi.
Membinasakan umat
Cukuplah dengan rasuah yang membinasakan umat, membinasakan negara, masyarakat juga individu. Kebinasaan atau kaum atau parti politik itu akan terserlah apabila amalan rasuah itu digabung dengan sihir. Allah melaknat orang yang menerima rasuah, pemberi rasuah, juga runner yang menjadi pengantara.
Orang yang seperti ini, iaitu yang terlibat dengan rasuah juga amalan sihir apabila menjadi pemimpin akan meneruskan amalan tersebut. Orang seperti ini besar kemungkinan boleh berjaya, kerana manusia lebih rakus dengan wang, glamour dan kesenangan zahiriah.
Walaupun perlu diingat, bahawa apabila Allah melaknat seseorang, terutamanya mereka yang terlibat dengan rasuah juga amalan sihir, bererti Allah tidak meredai hidup mereka. Allah tidak berkati hidup mereka, kaya, disaluti emas berlian bergemerlapan, tetapi mereka tidak akan memperoleh ketenangan pada diri, juga keluarga. Tidak ada sesuatu yang lebih nikmat hidup dalam dunia ini selain daripada ketenangan.

PADA 28 Oktober lalu, ketika menyantap sarapan minda pada pagi hari dengan membaca beberapa juadah akhbar termasuk al-Qabas dari Kuwait, penulis terserempak dengan satu laporan yang membuatkan penulis kebingungan. Dalam akhbar yang pernah dilanggan keluarga penulis selama 13 tahun ketika tinggal di Kuwait itu melaporkan "Al-Azhar menyokong dua fatwa Arab Saudi dan Turki yang membenarkan isteri memukul balik suaminya untuk membela diri." Yang jelas berita ini mengatakan 'isteri boleh memukul suami' dan secara global ini bermakna suami isteri boleh saling pukul memukul?

Fatwa membenarkan isteri memukul balik suami dalam keadaan membela diri apabila berlaku keganasan rumah tangga itu dikeluarkan oleh ulama dari dua buah negara yang saling bertolak belakang polisinya terhadap agama Islam. Yang satunya sangat sekular sehingga hak perempuan menggunakan tudung dinafikan sama sekali kerana dikatakan bercanggah dengan dasar negaranya dan yang satunya lagi sangat konservatif sehingga perempuan semuanya mesti ditutup sekujur tubuh badannya kecuali mata/muka ketika mereka berada di luar rumah.

Dasar kedua-dua negara jelas bercanggah tetapi dalam isu ini pandangan mereka boleh bersatu kerana ingin membela hak kaum wanita dalam keganasan rumah tangga. Fatwa Arab Saudi dikeluarkan oleh anggota Majlis Syura (Permesyuaratan) Arab Saudi, al-Syaikh Abdul Muhsin al-'Abikan dan fatwa Turki dikeluarkan oleh pemimpin Islam Turki yang tinggal di Amerika Syarikat, Fathullah Ghulan manakala sokongan al-Azhar disuarakan oleh al-Syaikh Abdul Hamid al-'Atrasy, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa di Universiti al-Azhar.

Nampaknya, sebelum fatwa dikeluarkan sudah banyak berlaku isteri memukul suami dalam drama ditayangkan media massa di merata tempat. Jika sebelum itu, isteri digambarkan makhluk lemah yang tidak boleh berbuat apa-apa dalam keganasan rumah tangga kecuali menangis dan merayu agar jangan dipukul tapi dengan fatwa berkenaan isteri mendapatkan 'lesen' untuk boleh memukul balik suaminya.

Adakah sesuai fatwa seperti ini? Bukankah suami dilebihkan oleh Allah dengan dua kelebihan ke atas isteri? (Surah al-Nisa: 34) Bukankah kewajipan suami mendidik isteri dan kewajipan isteri taatkan suami? Jika fatwa seperti ini diterapkan, di manakah ajaran sabar dalam Islam? Jika fatwa seperti ini disosialisasikan, nanti akan juga keluar fatwa anak boleh pukul orang tua?

Fatwa sememangnya bertujuan untuk menjawab kemusykilan yang berlaku dalam masyarakat. Dalam al-Quran, ketika sang raja dalam kemusykilan tafsiran mimpi dia bertitah seperti dikisahkan al-Quran maksudnya: "Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkan kepadaku mengenai mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai mentafsirkan mimpi ini." (Surah Yusuf: 43)
Begitu juga ketika Ratu Balqis menghadapi kemusykilan yang disebabkan surat Nabi Sulaiman AS, beliau juga bertitah kepada ketua kaum seperti diberitakan al-Quran maksudnya: "Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya. " (Surah al-Naml: 32)

Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW pun dimohonkan fatwanya oleh sahabat seperti dicatat al-Quran maksudnya: "Mereka (orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad, mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah itu." (Surah al-Nisa: 176)

Jadi fatwa bertujuan untuk menjelaskan perkara yang memusykilkan khalayak demi mendapatkan hukum bersesuaian dengan al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, fatwa mestilah sesuai dengan semangat Syariah atau roh al-syari'ah yang tidak membebankan umat.

Fatwa yang dikeluarkan mestilah selari dengan semangat syariah yang mana syariah bererti "hukum-hukum yang telah diperundangkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba- Nya melalui Rasulullah SAW untuk dipatuhi dan dilaksanakan dengan disertakan iman. Hukum-hukum ini sama ada berhubung dengan perbuatan, kepercayaan atau akhlak." (Dr Muhammad Yusuf Musa, al-Madkhlal Li Dirasah al-Fiqh al-Islami, hal. 9)
Hamba yang bergelar manusia di atas sudah dijadikan oleh Allah sebagai makhluk yang terbaik, dikurniakan akal fikiran agar mempunyai daya berfikir, dan melalui daya berfikir ini manusia menghasilkan ciptaan, mencapai kemajuan sama ada dari segi kemajuan material atau rohani. Tetapi akal dan fikiran manusia perlu kepada bimbingan wahyu supaya ia dapat sampai kepada kebenaran dan tidak liar sehingga mengheretnya kepada kekufuran dan lepas bebas tanpa ikatan dan panduan. Ikatan dan panduan daripada wahyu inilah yang dikatakan syariah.

Walaupun, Islam menghormati akal fikiran dan menggalakkan manusia agar berfikir, malah berfikir itu sendiri adalah ibadat dan tuntutan syarak, namun akal fikiran ini hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemakmuran, bagi menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman, untuk ketaatan dan bukan kemaksiatan, dan untuk ketauhidan dan bukan kekufuran dan kesyirikan, yang demikian ia perlu kepada bimbingan wahyu dan ikatan syariah. (Mahmud Saedon, Jejak-Jejak…, 33)

Selepas rasul kembali ke rahmatullah, siapakah yang berhak membimbing umat agar selalu berjalan bersama wahyu dan ikatan syariah ini? Apakah semua manusia berhak?

Untungnya umat Islam sudah diberikan jawapan untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan disabdakannya oleh baginda Rasulullah SAW sebuah hadis yang berbunyi 'al-'Ulama waratsah al-Ambiya' atau ulama adalah ahli waris Nabi.

Ulama tidak diwarisi harta kekayaan yang melimpah ruah oleh Nabi tapi mereka diwarisi ilmu yang luas melimpasi sempadan harta kekayaan. Ulama tidak diwarisi kemewahan harta benda tapi mereka diwarisi cahaya yang menyinari dunia.

Jika tugas Rasul seperti ditegaskan al-Quran maksudnya: "Samalah seperti Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul (Nabi Muhammad) yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan mengajarkan al-Kitab dan al-Hikmah dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui," (Surah al-Baqarah: 151) maka ulama juga mempunyai tugas yang sedemikian pula seperti tugas menggunakan harta yang diwarisi.

Ulama tidak diwarisi harta kekayaan atau hak peribadi Nabi dan tidak juga sifat kenabian, wahyu dan keistimewaannya, tetapi yang jelas ialah tugas, tanggungjawab dan kepemimpinan mereka.

Allah berfirman maksudnya: "Dan di antara orang yang Kami ciptakan itu adalah satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran dan dengannya mereka menjalankan keadilan." (Surah al-A'raf: 181) Ayat ini dengan nyata menjelaskan ada lagi golongan yang akan meneruskan tugas, tanggungjawab, perjuangan dan kepemimpinan Rasul dan Nabi. Dan mereka adalah ulama yang diberi tugas pada hari ini untuk mengeluarkan fatwa selari dengan roh syariah. Jika fatwa itu dilaksanakan oleh umat maka umat taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sebaliknya, jika ia diabaikan oleh umat, maka umat mengabaikan Allah dan Rasul-Nya. La haula wala quwwata illa billah.

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang- abangnya.... . jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S. W. T.:-

Marilah
kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut
dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar
atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai
contoh amalan yang terbalik:-

1.)
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh
keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama,
kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari
apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah
menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga
simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula
menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca
tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut
khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak
yati m yang ditinggalkan oleh simati
atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada
yang berhak menurut Islam?

2.)
Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang
kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).
Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak
pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,
tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah
keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil
untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3.)
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian
cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di
rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada
yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.)
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita
rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana
rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan
dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa
gembira dan tidak membazir.

5.)
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di
rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat
banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh
Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.)
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan
yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam
carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati
perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam
setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang
terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.)
Kalau
nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak
buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya
ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri,
bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.) Semua
ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat,
tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran
atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita?
Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al
Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.)
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah
(masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang
ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah
diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10.)
Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias
untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan
amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.

11.)
Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan SMS
atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.
Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan
boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah
sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2
kita??.....

Cukup
dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada
kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam
yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah
yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah
dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

;;