10 Amalan Terbalik

Marilah
kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut
dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar
atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai
contoh amalan yang terbalik:-

1.)
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh
keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama,
kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari
apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah
menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga
simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula
menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca
tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut
khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak
yati m yang ditinggalkan oleh simati
atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada
yang berhak menurut Islam?

2.)
Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang
kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).
Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak
pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,
tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah
keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil
untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3.)
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian
cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di
rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada
yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.)
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita
rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana
rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan
dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa
gembira dan tidak membazir.

5.)
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di
rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat
banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh
Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.)
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan
yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam
carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati
perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam
setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang
terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.)
Kalau
nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak
buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya
ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri,
bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.) Semua
ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat,
tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran
atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita?
Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al
Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.)
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah
(masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang
ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah
diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10.)
Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias
untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan
amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.

11.)
Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan SMS
atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.
Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan
boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah
sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2
kita??.....

Cukup
dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada
kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam
yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah
yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah
dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

0 comments: